dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Semanggol, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Pemasaran Digital PPKI

11 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2023 dan 11 Ogos 2023 telah diadakan program bersama pelajar Pendidikan Khas dari SMK Gunung Semanggol dan SMK Selinsing di bawah Kerjasama PASAK & Majlis Belia Daerah Kerian.

Pada sesi pertama program, pelajar telah diberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Canva dengan menghasilkan poster, business card dan video. Manakala, pada sesi kedua program telah diadakan kelas pemasaran digital menggunakan platform TikTok. Rakan-rakan dari PEDi lain juga turut serta sepanjang program ini berlangsung.

Majlis penutup program diadakan pada hari Jumaat 11 Ogos 2023 bersama pelajar PPKI yang dirasmikan oleh Penolong PPD Kerian, Ketua Unit Pelaksana PASAK dan PK SMK Selinsing. Hasil karya daripada pelajar telah dipaparkan kepada semua jemputan dan pelajar juga turut menerima sijil serta cenderahati daripada PASAK, Majlis Belia Daerah Kerian dan PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.